Friday, March 21, 2008

Ada Jemputan niii

JAMUAN RAKYAT UNTUK SEMUA PENGUNDI AMPANG

Bagi meraikan kemenangan BA Ampang, Satu jamuan Rakyat akan diadakan sepertimana butiran berikut :-

Tarikh : 23 Mac 2008(Ahad)
Masa : 12:30 tengahari - 4 petang
Tempat : Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang.
Tetamu : YB Khasim Abdul Aziz( ADUN Lembah Jaya)
YB Zuraida Kamarudin(MP Ampang)
Saudara Anwar Ibrahim(belum confirm)

Kalu ada kelapangan jenguk2 la ke sini..
3 ekor lembu 5 ekor kambing dikorbankan....

slide show


Majlis kesyukuran UPU Tmn Dagang

Assalamualaikum,
terasa lama sungguh tak jenguk blog ni...bukan tak jenguk ..jenguk gak la tapi time for updating blog kuren..ada la busy sikit..
siang kat opis sibuk ngan kerja ..makan gaji la katakan..
mlm plak sibuk raikan kemenangan dgn majlis kesyukuran dr satu tempat ke satu tempat..walau pun tak semua jemput tapi kira ada tiap malm gak la ..alhamdulilah...rezeki beb!!!
kita org upu tmn dagang juga pun buat majlis kesyukuran juga...alhamdulilah ramai gak tetamu dtg. dari tua hingga yg muda..dari golongan muslimin juga dari muslimat..
ye la..dah menang semua org dah berani tunjuk muka..dulu dengar ceramah pun duk dlm gelap je!! sekarang ni kalu buleh nak tunjuk dialah pejuang islam sebenarnya..ntah..manusia la katakan..peelnya berbagai..jangan nanti sampai rosakkan nama parti dan islam dah laa...
YB iskandar pun kita jemput termasuk pimpinan pas pandan yg lain...
alhamdulilah ..YB .Iskandar ,HJ Ibrahim(SU MTD)..saudara jalil(pengarah MTD)..Hj mus (pengarah keselamatan MTD)..sudi kemajlis kami ..pimpinan lain mungkin ada prog lain atau keletihan sebab tghari BA pandan dah buat majlis bertemu pengundi di pandan indah...


Sunday, March 9, 2008

Satu Kejutan ....


Alhadulilah syukur pada ALLAH.....
akhirnya PEMERINTAHAN ISLAM KEKAL DIKELANTAN...setelah berbagai taktik dan propanganda yg dilakukan oleh pihak musoh..namun rakyat kelantan masih perlukan tok guru sebagai pembimbing di kelantan..takbirrrrrrrrrrr......

Tuesday, March 4, 2008

Tenguk la sahabat sekalian...



wahai pejuang-pejuang islam sekelian lihat la..tenguk la..tilik la betapa bersungguhnya wajah tok guru meminta dari ALLAH yg maha berkuasa supaya kekal kan pemerintahan islam dikelantan..ana bila nenguknya wajah dan cara tok guru bermunajat pada ALLAH rasa terharu ..mengapa ada manusia yg sanggup menipu dan menggunakan berbagai cara helah demi utk menjatuhkan negeri islam ..
“ Dia lawan kite dengan radio, dia tak bagi kite radio. Dia lawan kite dengan TV, dia tak bagi kite premis TV. Dia lawan kita dengan duit, kita takdok duit. Lawan kita dengan bermacam hatta pegawai kerajaan dipergunakan untuk lawan kita. Takdok bende lain kita seroh kepada Allah Taala. Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak terdaya nak jaga ugamaMu di Kelate kerana terlalu kuat tekanan dengan bermacam cara sampai aku mitok kepadaMu lakukanlah sebagaimana berlaku terhadap tentera bergajah Abrahah..


AMIN ...AMIN...AMIN....

Monday, March 3, 2008

masjid kristal

atas permintaan sahabat ..ni dia video masjid kristal ada muka jin ..ntah la betul la kut....
layannnn

lepak

tergolek dooh..demam makin ketara..tak pi kerja today just lepak kat rumah..jenih ayam daging kerja lebih sikit dah demam..ekekekeke...

Saturday, March 1, 2008

Majlis keshukuran

Alhamdulilah majlis berjalan dgn jaya nya ...jumlah yg datang buleh dikatakan ramai kalu nak dibanding dgn org yg menghadiri majlis kebudayaan BN kat padang flat..sure meleleh penganjur kebudayaan ..ye laa...persiapan memang nampak gak!! dgn sound system berdetum2..tapi yg hadir kebanyakkan kaum pendatang..berbalik pd majlis kita org ceramah dimulakan dgn syed
shahrir membentangkan beberapa isu kira hangat gak laaa..masa tu YDP iskandar belum sampai lagi.sebenarnya perancangan tak ada ceramah cuma bagi kwsn ydp rasmi markas then terus makan..alik2 dibuatnya ceramah waduh2...call ydp suruh cepat sikit and rasmi then buleh semua makan..bukan apa sheikh sebab kita ajak tetamu utk menjamu selera so tak berapa elok la kalu sampai tetamu ternanti2.,,kut nanti kita ajak depa dah serik..langsung rugi kita juga...itu pendapat ana laa.ydp datang teruskan ceramah thanks ydp kerna memahami then dia terus pi nirwana utk program selanjutnya ...dia cakap dtg balik utk bersama2 menjamu selera dgn penduduk ..tu yg ana respect kat calon kita ni..
perut memasing dah berbunyi ye laa dari tadi tak makan..ana dah la tak berapa sihat mood plak asyik angin jee...sabar2....ni la kut lain kita plan lain jadinya..alik2 jam 11.30 baru habih ..ok la..that's cool.makanan mlm tu memang banyak dgn dari satay nasi goreng serta kuih dan berbagai lagi muih,thanks ALLAH atas rezekiMU yg melimpah ruah. r

layan video..

mlm ni semua pejuang lepak dan layan video..buat discussion sekejap pasal agenda dan tindakan akan kami buat utk persiapan perasmian bilik gerakan upu tmn dagang besok mlm 1 Mac 2008.
kemungkinan besar bakal YB kita saudara iskandar akan datang utk rasmi,insyaALLAH...
kemungkinan besar main dish besok ialah nasi goreng...and campur sikit potluck dr sahabat..isnyaALLAH meriah ...ber.sambung

Friday, February 29, 2008

kembali bertenaga

Assalamualaikum,
semalam jentera kami kembali bertenaga utk meneruskan perjuangan.segala banner dan bendera hampir habis kami pacak dan letakkan ditempat yg strategi.
pihak lawan juga nampak tak kalah utk menberi tentangan dgn menempatkan bendera dan banner mereka disekitar tmn dagang,walaupun sebelum ini dikatakan hanya utk sesaja tapi nampaknya semakin bersungguh2 mereka .mungkin budget sudah masuk kepoket-poket mereka.itu la yg kami dengar..ntah la..dari olok2 jadi sungguh2..dunia-dunia.hanya dgn sedikit imbuhan sudah lupa akan janjji dan batas2 agama iaitu jangan kau bersekongkol dgn pemerintah yg zalim.bagi kami ia tidak langsung melemah semangat malah lagi bertambah kepoweran utk melawan.."LAWAN TETAP LAWAN"..perjuangan kami tetap diteruskan sehingga tertegaknya pemerintahan islam dibumi malaysia ini..insyaALLAH.Publish Post

Wednesday, February 27, 2008

Gemparr..pengakuan mahathir terhadap anwar ibrahim..

dlm bukul 11.30 semalam ana pi UPU Cempaka berjumpa YDP iskandar kerana nak menyerahkan CD biodata yg ana bikin utk dia .langkah kaki kanan ana rupa sampai je rupa2nya jemaah duk bersantap ..us zul ,us khusni pun ada berserta hj mus dan jemaah lain.ana apa lagi tumpang semulut lerr...ambik hati ..adat bertamu la katakan.tuan rumah ajak kena la rasa..tak sikit banyak..ekeke.Dtg muslimat kata yg ada video tergemparr ...pengakuan mahatdir berlaku zalim terhadap anwar..


balik UPU semua tarak mood..semangat ada menurun sikit ..mungkin letih sebab dah seminggu balik 1-2 pagi...so markas tutup awal semalam...mungkin mlm besok semangat kembali segar bugar dan kepoweran semangat juang akan bertambah...insyaALLAH.

Tuesday, February 26, 2008

Lawatan mengejut

Terkejut dan teruja itu la yg terjadi pd kami sekelian di UPU tmn dagang...mana tidak asyik duk menjalan kerja penyiapan bendera dan banner utk peruntukkan mlm tu..tetiba satu pajero bersama-sama avanza dtg berdesut masuk parking.tilik punyer tilik ada bendera BA ditampal kat kereta..laaaaa rupa2 nya bakal YB kita saudara iskandar bersama Hj Mus pengawal keselamatan juga taiko kawasan pandan.

disebabkan dtg secara tetiba alamatnya kami hanya sempat hidangkan kopi o ngan biskut kering je laa...nasib la boss..lain kali sound awal sikit buleh la kita tumbangkan unta barang sekor dua.
sempat juga la kami bergambar bersama mlm tu..bakal YB la katakan..kut dah jadi YB karang tak sempat plak...biasa lakan ..minta2 tak la kut.


selepas je tu kami pun teruskan prog mlm tu.Alhamdulilah kami dt satu bendera gergasi yg buleh menbeliakkan mata2 yg melihatnya terutama penyokong BN..terima kasih pd yg menderma sheikh al taha (salah sorg peyumbang terbesar kat UPU)
nak tenguk...nahhhh
perhhh...gayat nenguknya.

Monday, February 25, 2008

Hari Percalonan

Alhamdullilah,
Hari percalonan berjalan dgn jayanya...calonnnya pun telah diistiharkan dimana calun N21Cempaka ialah Saudara Iskandar Samad
dan sememang layakla beliau menjadi calun kami di cempaka.Dengan berlatarbelakang pendidikan yg tinggi diiringi semangat juang yg tak pernah surut .Ana percaya andaiakata beliau diberi peluang utk berkhimat di Dun Cempaka ..insyaALLAH kita akan mendapat YB yg benar2 prihatin dan kuat berkerja..(cam bodek je..tetapi itulah hakikatnya..)disini disertakan serba sedikit background calun PAS Iskandar Samad.

ISKANDAR A. SAMAD - THE PAS' CANDIDATE FOR N.21 CHEMPAKA!

Fast Facts

Umur : 47 tahun

Dibesarkan : Kg. Baru, Petaling Jaya dan Taman Seri Keramat.

Status : Berkahwin dengan satu isteri

Jumlah anak : 6 ( 5 lelaki dan 1 perempuan )

Pekerjaan : Arkitek Residen

Pendidikan :
Sekolah Rendah – Sekolah Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Sekolah Menengah – Malay College, Kuala Kangsar, Perak.
A-Levels – Southampton, United Kingdom.
Ijazah – Humberside, United Kingdom. ( BA Architecture & Postgraduate Diploma In Architecture)

(to more detail please goes to http://chempaka21.blogspot.com/)

Gambar sekitar hari percalonan..



Saturday, February 23, 2008

semangat luar biasa...

pepagi sebhgn kami telah ke ulu langat utk mencari buluh dan ana terkulai lemah kerana dah deman selama dua hari dan hari ni ceret-beret..so ana tak pergi .semangat juang jemaah kami rasanya begitu luar biasa tahun ni..alhamdullilah.meredah hutan langat itu sudah menjadi biasa ,apa la sgt gigitan nyamuk kalu nak dibandingan gigitan demi gigitan oleh pihak BN dlm memerintah negara.takbirr...dan ptg tu kami gotong royong menperelokkan buluh.
mlm hari kami siapkan khemah yg tergendala semlm..
dan mlm itu juga bermula la serangan kami keatas tempat2 strategi disekitar upu tmn dagang.
dimulai dipersimpangan 3 ..waahhh hebat-hebat...tak sangka sungguh semangat juang teman2 semua begitu tinggi..manjat pokok,sign board sudah dikira enteng bagi sebhgn kami..masyaALLAH


dan sebhng teman lain mengali dan pacak dan pacak mana yg rasanya tempat yg buleh menbeliakkan mata pengundi yg lalu di simpang 3 tmn dagang...amazing ..bravo...jakaAllah..


meleleh pihak lawan bila menlihat akan kesungguhhan kami...masyaALLAH...
moga semangat ini berkekalan hingga ke penghujung...

Friday, February 22, 2008

Ceramah dan pemasangan khemah di bilik gerakan

Alhamdulilah ceramah mlm tadi berjaya dan ditontoni buleh dikatakan ramai dgn berbilang bangsa.melihat pada sambutan sebegitu terasa akan kemenangan menyebelahi parti kami,insyaALLAH. walaupun penceramah tak dikenali ramai tapi segala isu berkenaan negara kebajikan berjaya di perjelaskan dgn baik.moga ia dpt menbuka minda mereka yg mendengar utk memilih pemimpin yg terbaik.
disebabkan ada emergency case calun YB (insyaALLAH)saudara iskandar samad tidak hadir dan diganti oleh perceramah lain yg tidak kurang hebatnya.(gambar upload nanti)

alhamdulilah program ceramah berakhir dgn jayanya tapi tugasan kami masih belum selesai banyak perkara lagi yg perlu dilakukan .pada mlm kami kerja hingga jam 2.30 pg utk menyiapkan saki baki kerja2 mendirikan khemah bhgn bumbung .setelah bertungkus dgn segala idea akhirnya berdiri la khemah dgn sebhagin bumbungnya tersiap dipasang dan sebghn lagi kami akan dipasang besok kerana ketidakcukupan bahan.
tenguk pada semangat kekawan semua ..rasanya tak mustahil umno akan berkubur ditmn dagang pd pilihanraya nanti,insyallah.diambil waktu pagi.

Thursday, February 21, 2008

Post

Allahamdulilah,semalam kerja mendirikan rangka utk post diupu tmn dagang bermula..
kami di upu tmn dagang amat berterima kasih pada sahabat kami yg menyumbangkan khemah berserta perkerjanya sekali.semoga sumbangan ini di angkat sebagai amal jariah disisi Allah taala.
berbincang akan tindakan selanjutnya.
sementara itu dirumah haji kamal ...us fauzi dan hj kamal sedang sedang menyiapkan susunan akhir bendera2 bagi pemasangan malam berikutnya.

Wednesday, February 20, 2008

Akhirnya...





Setelah berminggu mencari tapak post akhirnya ketemunya jua.Tapak itu bagi kami amat sesuai dan strategi kerana berhadapan betul-betul dengan tempat mengundi iaitu sekolah agama ar-rahmaniah,taman dagang.setelah berbincang dgn teman-teman malam tadi bermula perjuangan kami ditaman dagang.Dengan kesungguhan teman2 sejemaah akhirnya berkibaran bendera PAS disekitar cadangan tapak post kami.Alhamdulilah.pokok kan kami naiki ,yg tinggi terasa rendah yg besar terasa kecik demi agama islam kami sanggup tempuh semua.