Friday, February 29, 2008

kembali bertenaga

Assalamualaikum,
semalam jentera kami kembali bertenaga utk meneruskan perjuangan.segala banner dan bendera hampir habis kami pacak dan letakkan ditempat yg strategi.
pihak lawan juga nampak tak kalah utk menberi tentangan dgn menempatkan bendera dan banner mereka disekitar tmn dagang,walaupun sebelum ini dikatakan hanya utk sesaja tapi nampaknya semakin bersungguh2 mereka .mungkin budget sudah masuk kepoket-poket mereka.itu la yg kami dengar..ntah la..dari olok2 jadi sungguh2..dunia-dunia.hanya dgn sedikit imbuhan sudah lupa akan janjji dan batas2 agama iaitu jangan kau bersekongkol dgn pemerintah yg zalim.bagi kami ia tidak langsung melemah semangat malah lagi bertambah kepoweran utk melawan.."LAWAN TETAP LAWAN"..perjuangan kami tetap diteruskan sehingga tertegaknya pemerintahan islam dibumi malaysia ini..insyaALLAH.Publish Post

Wednesday, February 27, 2008

Gemparr..pengakuan mahathir terhadap anwar ibrahim..

dlm bukul 11.30 semalam ana pi UPU Cempaka berjumpa YDP iskandar kerana nak menyerahkan CD biodata yg ana bikin utk dia .langkah kaki kanan ana rupa sampai je rupa2nya jemaah duk bersantap ..us zul ,us khusni pun ada berserta hj mus dan jemaah lain.ana apa lagi tumpang semulut lerr...ambik hati ..adat bertamu la katakan.tuan rumah ajak kena la rasa..tak sikit banyak..ekeke.Dtg muslimat kata yg ada video tergemparr ...pengakuan mahatdir berlaku zalim terhadap anwar..


balik UPU semua tarak mood..semangat ada menurun sikit ..mungkin letih sebab dah seminggu balik 1-2 pagi...so markas tutup awal semalam...mungkin mlm besok semangat kembali segar bugar dan kepoweran semangat juang akan bertambah...insyaALLAH.

Tuesday, February 26, 2008

Lawatan mengejut

Terkejut dan teruja itu la yg terjadi pd kami sekelian di UPU tmn dagang...mana tidak asyik duk menjalan kerja penyiapan bendera dan banner utk peruntukkan mlm tu..tetiba satu pajero bersama-sama avanza dtg berdesut masuk parking.tilik punyer tilik ada bendera BA ditampal kat kereta..laaaaa rupa2 nya bakal YB kita saudara iskandar bersama Hj Mus pengawal keselamatan juga taiko kawasan pandan.

disebabkan dtg secara tetiba alamatnya kami hanya sempat hidangkan kopi o ngan biskut kering je laa...nasib la boss..lain kali sound awal sikit buleh la kita tumbangkan unta barang sekor dua.
sempat juga la kami bergambar bersama mlm tu..bakal YB la katakan..kut dah jadi YB karang tak sempat plak...biasa lakan ..minta2 tak la kut.


selepas je tu kami pun teruskan prog mlm tu.Alhamdulilah kami dt satu bendera gergasi yg buleh menbeliakkan mata2 yg melihatnya terutama penyokong BN..terima kasih pd yg menderma sheikh al taha (salah sorg peyumbang terbesar kat UPU)
nak tenguk...nahhhh
perhhh...gayat nenguknya.

Monday, February 25, 2008

Hari Percalonan

Alhamdullilah,
Hari percalonan berjalan dgn jayanya...calonnnya pun telah diistiharkan dimana calun N21Cempaka ialah Saudara Iskandar Samad
dan sememang layakla beliau menjadi calun kami di cempaka.Dengan berlatarbelakang pendidikan yg tinggi diiringi semangat juang yg tak pernah surut .Ana percaya andaiakata beliau diberi peluang utk berkhimat di Dun Cempaka ..insyaALLAH kita akan mendapat YB yg benar2 prihatin dan kuat berkerja..(cam bodek je..tetapi itulah hakikatnya..)disini disertakan serba sedikit background calun PAS Iskandar Samad.

ISKANDAR A. SAMAD - THE PAS' CANDIDATE FOR N.21 CHEMPAKA!

Fast Facts

Umur : 47 tahun

Dibesarkan : Kg. Baru, Petaling Jaya dan Taman Seri Keramat.

Status : Berkahwin dengan satu isteri

Jumlah anak : 6 ( 5 lelaki dan 1 perempuan )

Pekerjaan : Arkitek Residen

Pendidikan :
Sekolah Rendah – Sekolah Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Sekolah Menengah – Malay College, Kuala Kangsar, Perak.
A-Levels – Southampton, United Kingdom.
Ijazah – Humberside, United Kingdom. ( BA Architecture & Postgraduate Diploma In Architecture)

(to more detail please goes to http://chempaka21.blogspot.com/)

Gambar sekitar hari percalonan..



Saturday, February 23, 2008

semangat luar biasa...

pepagi sebhgn kami telah ke ulu langat utk mencari buluh dan ana terkulai lemah kerana dah deman selama dua hari dan hari ni ceret-beret..so ana tak pergi .semangat juang jemaah kami rasanya begitu luar biasa tahun ni..alhamdullilah.meredah hutan langat itu sudah menjadi biasa ,apa la sgt gigitan nyamuk kalu nak dibandingan gigitan demi gigitan oleh pihak BN dlm memerintah negara.takbirr...dan ptg tu kami gotong royong menperelokkan buluh.
mlm hari kami siapkan khemah yg tergendala semlm..
dan mlm itu juga bermula la serangan kami keatas tempat2 strategi disekitar upu tmn dagang.
dimulai dipersimpangan 3 ..waahhh hebat-hebat...tak sangka sungguh semangat juang teman2 semua begitu tinggi..manjat pokok,sign board sudah dikira enteng bagi sebhgn kami..masyaALLAH


dan sebhng teman lain mengali dan pacak dan pacak mana yg rasanya tempat yg buleh menbeliakkan mata pengundi yg lalu di simpang 3 tmn dagang...amazing ..bravo...jakaAllah..


meleleh pihak lawan bila menlihat akan kesungguhhan kami...masyaALLAH...
moga semangat ini berkekalan hingga ke penghujung...

Friday, February 22, 2008

Ceramah dan pemasangan khemah di bilik gerakan

Alhamdulilah ceramah mlm tadi berjaya dan ditontoni buleh dikatakan ramai dgn berbilang bangsa.melihat pada sambutan sebegitu terasa akan kemenangan menyebelahi parti kami,insyaALLAH. walaupun penceramah tak dikenali ramai tapi segala isu berkenaan negara kebajikan berjaya di perjelaskan dgn baik.moga ia dpt menbuka minda mereka yg mendengar utk memilih pemimpin yg terbaik.
disebabkan ada emergency case calun YB (insyaALLAH)saudara iskandar samad tidak hadir dan diganti oleh perceramah lain yg tidak kurang hebatnya.(gambar upload nanti)

alhamdulilah program ceramah berakhir dgn jayanya tapi tugasan kami masih belum selesai banyak perkara lagi yg perlu dilakukan .pada mlm kami kerja hingga jam 2.30 pg utk menyiapkan saki baki kerja2 mendirikan khemah bhgn bumbung .setelah bertungkus dgn segala idea akhirnya berdiri la khemah dgn sebhagin bumbungnya tersiap dipasang dan sebghn lagi kami akan dipasang besok kerana ketidakcukupan bahan.
tenguk pada semangat kekawan semua ..rasanya tak mustahil umno akan berkubur ditmn dagang pd pilihanraya nanti,insyallah.diambil waktu pagi.

Thursday, February 21, 2008

Post

Allahamdulilah,semalam kerja mendirikan rangka utk post diupu tmn dagang bermula..
kami di upu tmn dagang amat berterima kasih pada sahabat kami yg menyumbangkan khemah berserta perkerjanya sekali.semoga sumbangan ini di angkat sebagai amal jariah disisi Allah taala.
berbincang akan tindakan selanjutnya.
sementara itu dirumah haji kamal ...us fauzi dan hj kamal sedang sedang menyiapkan susunan akhir bendera2 bagi pemasangan malam berikutnya.

Wednesday, February 20, 2008

Akhirnya...





Setelah berminggu mencari tapak post akhirnya ketemunya jua.Tapak itu bagi kami amat sesuai dan strategi kerana berhadapan betul-betul dengan tempat mengundi iaitu sekolah agama ar-rahmaniah,taman dagang.setelah berbincang dgn teman-teman malam tadi bermula perjuangan kami ditaman dagang.Dengan kesungguhan teman2 sejemaah akhirnya berkibaran bendera PAS disekitar cadangan tapak post kami.Alhamdulilah.pokok kan kami naiki ,yg tinggi terasa rendah yg besar terasa kecik demi agama islam kami sanggup tempuh semua.

Tuesday, February 19, 2008

Mukadimah

Assalamualikum w.b.t
Segala puji bagi ALLAH kerana memberi idea kepada saya untuk menbuat satu blog khas bagi UPU_TAMAN DAGANG dibawah DUN CEMPAKA,di parliment Pandan.
Di sini saya akan coretkan serba sedikit sepanjang perjalanan upu_taman dagang dalam menghadapi pilihanraya 2008.Harap ianya menjadi satu kenangan utk kami yg terlibat secara terus and tidak secara terus.